TUJUAN LAWATAN:
1. Melihat kehidupan penduduk Islam di sekitar Kemboja bagi tujuan menginsafi diri untuk sama-sama membantu menyalurkan kemudahan pendidikan kepada mereka sebagai salah satu saham akhirat.
2. Penyampaian sumbangan pembinaan masjid di Kg. Khbob (Km 31) Daerah Memot, Wilayah Thbong Khmom, Kemboja.
3. Penyampaian sumbangan kepada guru-guru agama, imam, bilal, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan orang miskin.
Islam
sejak awal pengajarannya menggalakkan seseorang mengembara untuk menimba ilmu
pengetahuan. Dalam al-Quran, Allah menegaskan banyak perkara yang mempunyai
hubungkait dengan pengembaraan untuk mencapainya. Ini seperti perintah Allah
supaya melihat alam yang pelbagai rupa, melihat kesan-kesan kaum yang
terdahulu, berkenalan antara bangsa dan kabilah dan pelbagai lagi. Kesemuanya
itu bertujuan meningkatkan pengetahuan insan tentang kehidupan dan mendalami
pengetahuan tentang Tuhan.
Allah
berfirman: (maksudnya)
“DIAlah
yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata
ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada
Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula” (al-Mulk, ayat 15)
Nabi
s.a.w pula menegaskan:
“Sesiapa
yang melalui sesuatu jalan kerana mencari sesuatu ilmu, Allah mudahkan untuknya
jalan ke syurga” (Riwayat al-Tirmizi, bertaraf sahih).
Nabi
s.a.w menyebut antara kelebihan orang yang bermusafir ialah doa mereka mustajab:
“Tiga
doa yang mustajab, tanpa syak padanya; doa ibubapa untuk anak, doa orang
bermusafir dan doa orang kena zalim” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dll.
Bertaraf sahih).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan